Perairan Negara | Malaysia-Indonesia komited wujudkan perairan mesra nelayan

2022-12-27 0

Malaysia dan Indonesia komited untuk mewujudkan perairan yang ideal dan mesra untuk nelayan serta komuniti di pantai kedua-dua negara.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat secara maya antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) baru-baru ini.